Wednesday, November 02, 2005
Eid Mubarak

Listening to: Nazam Lebaran - CT nurhaliza

Salam all.

Berkumandang takbir,
maka berlalulah ramadhan dengan penuh syahdu.
Semalam solat tarawih yang akhir buat tahun ini di bait ku,
sungguh terasa kesyahduannya. Tidak ku tertahan sebak yang mencengkam hati.
Mungkinkah kan ku bersua dengan ramadhan di tahun2 yang mendatang?
Ya Allah, kurniakanlah aku kesempatan untuk bertemu dengan bulan Al-quran lagi,
rasanya belum puas ku bermalam di sepuluh hari akhir ramadhan.

Sempena lebaran ini, ingin ku mengambil kesempatan ini, menyusun rapi sepuluh jari ku,memohon ampun dan maaf andainya ada terlanjur kata atau senda gurau yang mungkin menggores hati. Harap di halalkan makan serta minuman yang pernah ku menjamu sepnjang tahun ini. Semoga kita bersua dengan Ramadhan di tahun2 yang mendatang, insyaAllah.

Yang akhir, Salam eidulfitri, minal aidil wal faizin wal makbulin.

Tatkala menjamu selera, bersuka ria, jangan dilupa yang kurang bernasib baik,
dan juga yang telah tiada...


cOnfus~ED Paranoia Freak @ 8:51:00 PM || 0 comments