Tuesday, September 13, 2005
Menilai cinta.

Listening to: Shahadah - 786 boyz

Salam all

Asas persahabatan ialah setia dalam bercinta antara
satu dengan yang lain dan tulus ikhlas dalam berkasih
sayang, dan selagi ia dihalakan kepada Allah dan
kerana Allah, maka pahalanya adalah amat besar.



Allah telah berfirman dalam satu hadis Qudsi yang
bermaksud:
Pasti mendapat kecintaanKu bagi dua orang yang sayang
menyayangi keranaKu, dua orang yang duduk bersama-sama
keranaKu, dua orang kunjung mengunjungi keranaKu, dan
dua orang yang tolong menolong keranaKu.



FirmanNya lagi dalam hadis Qudsi yang lain bermaksud:
Mana dia orang yang bercinta kerana keagunganKu? Hari
inilah Aku akan menaungi mereka di bawah nauganKu,
iaitu hari yang tiada naungan selain dari naunganKu.



Rasulullah bersabda yang maksudnya:
Sesiapa yang ingin merasakan kemanisan iman, hendaklah
ia mencintai seseorang, tiada mencintainya melainkan
kerana Allah.



Apabila seseorang mencintai orang lain, bersahabat dan
membiasakan diri dengannya, kerana dilihatnya orang
itu mencintai Allah dan taat setia kepada perintah
Allah, maka hal demikian itulah yang dikatakan
bercinta kerana Allah.



Ataupun jika ia mencintai seseorang itu dan bersahabat
dengannya kerana orang itu membantunya di dalam
selok-belok agama, dan mengarahkannya untuk taat setia
terhadap Tuhannya, maka hal sedemikian itu juga dikira
bercinta kerana Allah.



Ataupun jika ia mencinta seseorang itu kerana
membantunya dalam urusan keduniaan yang mana dengannya
pula ia bisa mengurus urusan akhiratnya, maka itu juga
termasuk dalam bercinta kerana Allah.



Ataupun jika ia mencintai seseorang itu dan bersahabat
dengannya kerana dirinya merasa senang berkawan dengan
orang itu dan dadanya merasa lapang bila duduk
bersama-sama dengannya ataupun barangkali orang itu
dapat menolongnya di dalam urusan dunianya, dan dalam
hal ehwal kehidupannya yang menerusinya ia bias hidup
senang lenang, maka cinta serupa itu adalah cinta
tabi'i, cinta biasa yang tiada kena mengena dengan
Allah. Persahabatan itu timbul kerana kecenderungan
diri semata-mata dan meskipun demikian ia tetap harus
hukumnya, tidak sunyi dari kebaikan mudah-mudahan.



Allah Taala telah berfirman yang bermaksud:
Sahabat-sahabat pada hari itu, satu sama lain akan
bermusuhan kecuali orang yang bertaqwa.
(az-Zukhruf:67)



Oleh Syeikh al-Kubrawiyyah.

Source:hAiRiL


cOnfus~ED Paranoia Freak @ 11:05:00 AM || 0 comments