Monday, September 26, 2005
Bibarakati Shahru Ramadhan

Listening to: Qasidah Burdah

Salam all.

Iman tak dapat diwarisi
Dari seorang ayah yang bertaqwa

Petikan lirik lagu Iman Mutiara ini, amat mendalam makna nya.
Ingin sahaja aku memberi ungkapan ini pada hamba Allah itu.
Betapa bermakna nya buatnya untuk merenungkan makna disebalik lirik ini.

Ku pergi Maulid, penutupan buat ramadhan serta "khol" Habib Abdullah tempoh hari.
Rugi rasanya ummi tidak dapat hadir bersama. Daku pergi bersendirian.
Alhamdullilah, aku berasa senang bersama usrah ustaz.
Aku tidak kekok bergaul dan bergotong royong bersama mereka, terutama sekali Cik Zainab, serta jiran mereka, Cik Yati... Alhamdullilah... :)

Keseluruhannya, aku berasa puas, "mentally & spiritually" sesudah majlis.
Ceramah yang diberikan oleh Habib Muhd sungguh mendalam dan erm... pedas membahasa. hehe.


"Sebuah syair di dalam maulid ad-diba'i yang bermaksud, membaca maulid (solawatunnabi) adalah WAJIB...Bukan makhruh, bukan sunnah. tatapi, WAJIB. Jika meninggalkan nya HA.... haram..."


I just like the way he speak... that's Habib Muhd from Jakarta.

Malam itu,ramai hadirin. Terutamanya anak-anak yatim dari bogor jika aku tidak silap. Serta dua anak murid Habib Muhd yang khatam Quran dari Bogor. Aku terpikat dengan suara salah seorang daripada mereka.

Sekarang aku tidak sabar akan kehadiran Shahru Ramadhan...Bulan ummati. Bulan Al-Quran.

Sudah terasa bahang bulan kemuliaan. Semakin debar hati ingin menyambut bulan yang suci. Akan ku siapkan diri untuk menjalani ibadah yang intensif... :)
InsyaAllah...

Kamu,
buatlah pilihan yang tepat.
Usah ragu, turuti restu ibu bapa mu...
InsyaAllah usrah berkekalan...


cOnfus~ED Paranoia Freak @ 10:06:00 PM || 0 comments