Friday, February 25, 2005
Ingin ku luahkan

Listening to: Cinta Trajika - Dinodi

Salam all.

Hari ini, hari yang paling menyiksa batin ku. Hari yang paling menyakitkan hati ku.
Hari yang paling marah,bingit,runsing serta bermacam-macam lagi persaan yang menghinggap di hati.

"Penyakit" hati ini tidak sepatutnya ada, sehinggalah aku terdesak untuk berasa teramat marah. Jika nak di ikutkan, aku bukan marah. Hati sakit sangat. tersiksa di buatnya.

Oh Hamba Allah. Bukan aku sengaja memarahi. Bukan aku sengaja merasakan sedemikian.
Jika tiak kerana tindakan yang melulu dikau buat,tidaklah aku menyirap sebegini. Aku fikirkan, mengapalah harus dikau sedemikian.

Jika tidak kerana tingkah laku yang selalu mengidamkan,tidaklah aku menyimpan "penyakit" ini. Sesungguhnya aku jauh sekali inginkan "penyakit" ini. Setiap kali aku terdesak, iman ku tergugat oleh tingkah mu yang selalu dan sering kali membingitkan.
Aku hanya diam membatu tidak berkata. Walaupun fikiran ku dan terutama sekali hati ku berkata seribu kalam. Sesungguhnya aku tidak gemar "mengumpat" dalam.

Sering kali aku ingin bersuara akan pendapat ku, tetapi, aku takuti aku akan menyinggung perasaan dikau. Setiap kali aku menyimpan hasrat ku, semakin berkocak dan berderau darah ku ingin sekali meletup bagai gunung berapi.
Kepentingan diri mu lebih dikau muliai dari kepentingan yang lain. Ia seolah "tidak sedar diri".
Bukan ingin ku mengata, tetapi cerminilah diri mu sebelum menjadi cermin buat yang lain.

Aku benar-benar kegusaran setiap detik ku bersama dikau. Jika dapat ku ubah, akan ku ubah sikap dikau. Setiap perkara yang dikau lafazkan, ada kalanya sudah ku ketahui, ataupun aku langsung tidak tahu tentang hal itu. Atau pun, sememangnya tidak sepatutku tahu,kerana aku tidak akan ngerti akhirnya.

Ya Allah, andainya Engkau berikan ku kekuatan, akan ku nyatakan setulus hatinya kepada Hamba Allah mu itu. Berikanlah Hidayah buatnya.


cOnfus~ED Paranoia Freak @ 9:14:00 PM || 0 comments