Thursday, March 11, 2004
sambungan dari tatatertib terhadap Allah......
TATATERTIB PERGAULAN
Ketahuilah bahawa selain daripada yang telah dijelaskan terdahulu daripada ini, maka dalam pergaulan hidup sehari-hari anda akan bertemu dengan tiga jenis manusia.
Masing-masing adalah sahabat, kenalan dan umum. ketiga-tiga jenis tersebut mempunyai tatatertibnya yang tersendiri untuk menghadapi pergaulan hidup bersama.
Syarat-syarat pergaulan dengan orang ramai:
1. Jangan masuk camput dalam percakapan mereka.
2. Jangan mendengar omong kosong dan dusta mereka.
3. Jangan masuk campur dalam kalimat-kalimat kotor yang diucapkan oleh mereka.
4. Jangan banyak kali bertemu dengan mereka.
5. Mengingatkan mereka dengan nasihat-nasihat yang halus dan bersikap lembut terhadap perbuatan mereka yang mungkar.
SYARAT BERSAHABAT
Terhadap kawan dan sahabat, kita mempunyai dua kewajipan:
1. Pelajarilah dahulu syarat-syarat bersahabat.
Kita jangan bersahabat kecuali dengan orang yang memang layak untuk kita bersahabat dengannya, kerana mengikut sabda Rasullulah:
" Seseorang adalah dalam agama kekasihnya, maka hendaklah ia lihat dahulu, siapakah yang patut dijadikan kekasih(teman)"
Apabila kita hendak mencari sahabat dalam menuntut ilmu dan sahabat dalam urusan agama dan dunia kita, maka pentinglah dituruti ilmy syarat berikut:
1. Berakal
Hendaklah ia orang yang berakal. Tidak ada gunanya bersahabat dengan orang yang bodoh sombong. Nanti kesudahannya membawa kepada keburukan dan putusnya silaturahim.
Betapa pun baik maksudnya hanya akan membahayakan kedudukan kita, walaupun hal itu luar dari kehendak dan rencananya.
Bak kata pujangga: " Musuh yang berakal lebih baik dari sahabat yang bodoh. "
Saidina Ali k.w berpesan:
"Jangan anda bersahabat dengan yang jahil,
Jangan anda berdamping dengannya.
Berapa banyak orang jahil,
Dapat merosakkan orang yang berbudi tika berkawan.
Kerana ukuran orang yang bersahabat dilihat,
Siapa sahabatnya.
Bagi tiap suatu ada ukuran dan bandingannya,
Bagi hati dengan hati,
Menjadi bukti tika ia bertaut."
bersambung....
cOnfus~ED Paranoia Freak @ 2:11:00 PM ||
0 comments
|