Thursday, March 25, 2004


Sambungan dari Syarat Bersahabat....

2. Berakhlak mulia


Jangan anda bersahabat dengan orang yang buruk tingkah lakunya, iaitu orang yang tidak dapat mengendalikan diri dari nafsunya, ketika ia sedang marah dan mengikutkan perasaannya.

Alqamah At-'Atharidy pernah meninggalkan wasiat kepada anaknya:

"Apabila anda ingin bersahabat maka bersahabatlah dengan mereka yang apabila anda berkhidmat kepadanya ia pun menyambutnya dengan baik. Apabila ia menyaksikan anda sedang bersukacita ia pun turut gembira dengan wajahnya yang berseri-seri. Tetapi sebaliknya jika anda berdukacita ia pun gundah gulana. Bersahabatlah dengan mereka yang mahu menerima pandanganmu yang benar, membenarkan kata-katamu yang benar, baik hadapan mahupun di belakangmu. Jika anda dalam kesusahan ia menolongmu. Jika anda bertikai dengannya dalam sesuatu perkara, ia lebih mementingkan anda."

Saidina Ali memberi peringatannya:
"Saudaramu yang sejati ialah siapa yang selalu bersamamu, yang sanggup berkorban demi kebahagianmu. Kalau ada sesuatu yang menimpamu, Ia sanggup meninggalkan siapa pun demi untuk bersamamu."

3. Baik Hati

Jangan memilih sahabat yang suka berbuat fasik, kerana melakukan maksiat, besar dosanya di sisi Allah swt.
Barangsiapa yang takut siksaan Allah, tentu ia tidak akan melakukan dosa besar secara berlarut-larut.
Barangsiapa yang tidak takut kepadaNYA bererti pendirian dalam bersahabat tidak dapat dipercayai, cepatlah tukar haluan berdasarkan situasi dan keadaan.

Firman Allah kepada Nabi Muhammad saw:

"Janganlah anda ikuti orang yang kosong hatinya dari berzikir mengingatiKu dan orang yang selalu mengikutkan hawa nafsunya" - (Al-Kahfi:28)

Orang yang berkelakuan demikian bererti sudah melewati batas-batas agama.
Bersahabat dengan orang fasik akan membuat hati kita menjadi dalam perbuatan tersebut.

Oleh itu,kita akan terlibat dalam maksiat batin, seperti mengumpat umpamanya. Kerana ia tiada faham akan hal-hal yang seperti itu.
Bagaimana kalau kita tahu seseorang yang alim itu memakai cincin emas atau berpakaian sutera! Bukankah hati kita tidak dapat menerimanya.
Padahal ghibah jauh lebih buruk daripada itu!

bersambun...



cOnfus~ED Paranoia Freak @ 12:30:00 PM || 0 comments