Sunday, March 28, 2004
sambungan dari syarat bersahabat (3.Baik Hati)
4.Zuhud
Jangan bersahabat dengan orang yang sangat cenderong hatinya kepada dunia kerana dia adalah racun yang membunuh,disebabkan tabiat yang sering terikut-ikut dan ingin menyerupai mereka.
Malah tabiat itu pada hakikatnya sering bertukar secara halus dari segi-segi yang tidak disedari atau diketahui.
Semajlis dengan mereka akan menambah kecenderungan hati kita terhadap dunia. Sedang semajlis dengan orang yang zahid akan meningkatkan zuhud kita.
5. Benar
Janganlah anda memilih sahabat dari kalangan orang yang pembohong dan pendusta, kerana mereka sering memperdayakan kita. Mereka adalah laksana fatamurgana yang didatangi ia menjauh, tetapi bila dijauhi ia terasa dekat.
Hendaklah kita menghindari mereka dari bergaul di asrama-asrama sekolah dan masjid-masjid. Dalam hal ini hendaklah kita memilih sikap menjauhi mereka salah satu dari dua hal yang berikut:
1. Memisahkan diri(ulzah) atau menyendiri demi keselamatan kita.
2. Mempergauli mereka sekadarnya, dengan pengertian bahawa teman sepergaulan itu terdiri dari 3 jenis:
a. Sahabat kerana akhirat: Jangan bergaul dengannya kecuali usrusan ukhrawi.
b. Sahabat kerana dunia: Pergaulilah mereka dengan akhlak yang mulia.
c. Sahabat biasa: Jangan bergaul dengannya kecuali kerana keselamatan kita dari bahaya kejahatan, fitnah dan keburukannya.
Pada pokoknya manusia ini dapat di bahagi dalam tiga jenisnya:
a. Diumpamakan dengan sejenis makanan dan minuman yang perlu.
b. Diumpamakan dengan sejenis ubat yang kadang-kadang diperlukan sekali-sekala.
c. Diumpamakan dengan sejenis penyakit yang sama sekali tidak diperlukan buat selama-lamanya. Tetapi kadang-kadang dicuba juga dengannya, iatitu tidak disenangi dan tidak ada gunanya. Namun hendaklah dipergauli juga sekadar menghindarkan dia dari racun yang melilit. Mempergaulinya adalah mengandung faedah besar guna melepaskan diri kita dari lilitan kekejian keadaan dan perbuatannya.
Orang yang bahagia ialah mereka yang mampu menerima nasihat orang lain. Sementara orang mukmin ialah orang yang menjadi cermin bagi mukmin yang lain.
Nabi Isa a.s pernah ditanya:
"Siapakah yang mendidikmu?"
"Saya tidak pernah dididik oleh sesiapa pun, akan tetapi saya telah memerhatikan kebodohan manusia lalu saya menjauhinya." jawab beliau.
Memang tepatlah apa yang diucapkan Nabi Isa a.s itu. Kalau seorang dapat meghindarkan perkara yang tidak disukainya dari orang lain, maka sempurnalah adab kesopanannya dan termasuklah dia ke dalam lingkup orang-orang yang bersopan santun.
bersambung.......
cOnfus~ED Paranoia Freak @ 9:51:00 PM ||
0 comments
|