Wednesday, March 10, 2004


sambungan dari SAHABAT YANG UTAMA...

Tatatertib terhadap Allah

Tatatertib berteman dan berhubungan dengan Allah itu, hendaklah:

1.Menundukkan kepala.
2.Menjaga sudut pandangan mata.
3.Menumpukan sepenuh perhatian terhadapNYA.
4.Tidak bicara kecuali jika ada keperluan yang terdesak.
5.Menjaga angota tubuh jasmani agar selalu tenang dan terhindar dari gerak dan lintasan yang dapat menyimpang kita dari mereka khusyuk dan tunduk.
6.Bersegera menunaikan segenap perintah,anuran dan suruhanNya.
7.Menghindari setiap larangan dan tegahanNya.
8.Redha dan tulus ikhlas menerima semua perkara yang di takdirkanNya.
9.Sentiasa berzikir dan ingat kepadaNya, baik secara lisan mahu pun dengan gerak hati.
10.Tidak lepas dari memikirkan segala nikmat dan kekuasaanNya.
11.Dalam segala hal selalu mengutamakan kebenaran Allah dan agama dari yang selainNya.
12.Tidak menggantungkan keselamatan diri kepada apa atau sesiapapun dari kalangan sesama makhluk.
13.Merendahkan diri di bawah kehebatan Allah dalam setiap gerak yang lahir mahupun yang batin.
14.Merasa malu kepadaNya kerana kekurangan kemampuan kita dalam mengabdi kepadaNya.
15.Tidak pernah berputus usaha yang telah di lakukan dengan ikhtiar yang sebaik-baiknya.

Inilah tatatertib dan disiplin diri yang sepatutnya menjadi syiar yang menyemarak dalam hati nurani kita ketika menjalin hubungan dengan Allah baik di waktu malam ataupun siang.
Dialah Teman yang tidak pernah berpisah dangan kita dalam apa jua keadaan yang kita lalui, walaupun sering saja berlaku teman-teman sejawat kita, pada waktu-waktu tertentu pernah dan akan menghindarkan dirinya daripada kita.

bersambung........


cOnfus~ED Paranoia Freak @ 7:19:00 PM || 0 comments