Monday, January 12, 2004
sering kali aku di ajukan soalan cepu emas. kadang-kala aku tergamam, tidak terjawab soalan yang telah terlerai dari mu. bukan susah soalan itu, namun apa yang aku cuba sedaya upaya dan sedang mencuba untuk melupakan masa silam ku, engkau pula menarik kan kembali perhatian ku pada masa lampau ku. apakah harus aku membuka semula dan menceritakan hal yang selama ini terbuku dan tersirat di lubuk hati dan permainan fikiran minda ku?
zaman pahit ku amatlah mahal,kerana ia melibatkan maruah ku sebagai anak kecil, haruskah aku menurunkan harga itu semata-mata untuk membuat buku supaya ada orang untuk membacanya? jika itu yang engkau mahukan, maaf seribukali maaf ku pinta, itu bukan nya NUR SYAZNI, malah, bukan pula NUR YASAWAFI. aku tidak sekali bangga dengan sejarah ku, justeru itu, aku tidak pernah memaksa sesiapa pun untuk membuka tirainya, dan begitu juga aku, aku tidak ingin dipaksa untuk membuka tiraiku.
hanya yang menetap dan akan menetap di hatiku kelak sahaja akan tirai itu di buka luas buat mereka.rahsia ku adalah buat ku. dan rahsia mu adalah buat mu.
aku lemas seandainya ada yang bertanyakan soalan-soalan yang tidak ingin sekali aku dengari. ingin sahaja aku melarikan diri jauh ketempat tiada siapa yang akan menanyakan soalan sebegitu perit dan susah untuk mulutku berbicara.jika engkau lemas dengan seribu tanda-tanya, mengapakah harus engkau bertanya di awal nya? mengapakah harus engkau menyangka? mengapakah harus engkau kesali jika aku tidak memberikan jawapan yang kukuh pada mu? mengapakah harus perasan itu menginap di hati mu? aku sedikit sebanyak tahu jawapan mu, kerana engkau mahu jadi teman ku.
aku tahu,dan aku mengerti, tetapi ada batasan pada nya. ada batasan juga di antara suami dan isteri,apatah lagi pada seorang sahabat? aku bawa cara ku, dan engkau bawa cari mu, hanya aku berharap bahawa, diantara kelainan yang ada pada kita, kita kan tetap bersahabat.hendak seribu daya, tidak hendak, seribu dalih.
kenalan ku ramai. aku menghubungi mereka pun ramai. setiap kali aku menekan pesanan ringkas buat mereka, wang yang aku keluarkan. betapa mahal nya perkenalan kita ini. pernah kah engkau ketahui bahawa aku menyimpan wang itu untuk menghantarkan pesanan ringkas pada saat-saat genting aku perlukan mu? haruskah aku beritahumu jika aku hendak melayarkan diri jauh untuk ketenangan diriku sendiri? aku tidak pernah ambil tahu selebihnya tentang engkau, kerana, aku tidak suka menceroboh rahsia tirai seseorang. pernahkah aku menanyakan soalan-soalan yang mencabar lakaran minda mu?
setiap kali soalan yang engkau tujukan pada ku, amatlah menikam perasaan dan minda ku. engkau tidak pernah ketahui apa makna di sebalik senyuman ku.yang mana mampu ku menjawab,akan ku jawab.jika tidak, hanya ukiran senyuman sahaja yang aku dapat lemparkan. seandainya aku menceritakan segalanya padamu, engkau tidak kan ngerti apa yang aku alami. kerana bungkusan yang cantik seringkali memperdayakan orang ramai, dalam nya pasti cantik jua.dan tidak ada yang akan sangkakan bahawa yang di dalamnya adalah barang yang rosak dan hancur punah panah...siapa kah yang akan betul-betul menilai diri ku benar-benar? yang ada hanya akan ku hitung dan ku simpan di dalam hati ku. hanya terkira sahaja.
teman, jangan pula engkau kecewa seandainya engkau tidak terpilih,kerana kamu, aku letak kan di lain tempat di hati ku bersama sahabat-sahabat sejati ku yang lain.engkau tidak pernah ku pinggirkan.
cOnfus~ED Paranoia Freak @ 1:32:00 PM ||
0 comments
|