Sunday, January 18, 2004
sahabat yang utama
Assalamualaikum wr br.
Teman setia yang sentiasa bersama kita biar dalam keadaan yang bagaimanapun juga, baik di waktu hidup kita, mahupun selepas mati kita, baik di waktu jaga ataupun tidur kita, ialah Allah - Tuhan kita, Pelindung kita dan yang Menciptakan kita.
Apabila kita sedang berzikir kepadaNya, itu bererti Ia teman kita yang sangat dekat - tidak jauh dari kita.
Ingatlah pada firman Allah dalam hadith Qudsi:
"Ana jalisu man dzakaroni"
yang bermaksud "Aku sentiasa bersama dengan sesiapa yang berzikir mengingatiKu"
Apabila kita di timpa gundah gulana kerana memikirkan kecuaian kita dalam bertakwa kepada Allah, maka hanya Dialah saja satu-satunya teman setia yang dapat menghiburkan dan menyelesaikan kegundahan yang sedang menyelubungi hati kita.
Allah berfirman lagi dalam hadis Qudsi:
"Ana indal munkasiroti qulubuhum min 'ajli"
yang bermaksud " akusentiasa bersama mereka yang gundah hatinya, kerana memikirkan sesuatu yang menyangkut dirinya demi keranaKU"
Kalaulah kita mengenaliNya dengan ma'rifat yang sebenar-benarnya, pasti kita akan menempatkanNya sebagai teman setia dan meninggalkan teman manusiadi satu pihak lagi.
Tetapi apabila kita tidak mampu untuk menempatkan Tuhan pada kedudukan yang seperti itu dalam setiap aspek kehidupan kita, maka hendaklah kita mempersiapkan waktu kita di sebelah sian atau malam hari untuk berkhalwat - mengabdi, mencari kelazatan bersamaNYA dalam munajat kita.
Dalam keadaan yang seperti ini, hendaklah kita mengetahui bahawa apa pun yang kita lakukan seluruhnya mempunyai tatatertib dan disiplinnya yang tersendiri.
Peliharalah aturan dan tatatertib tersebut dengan sebaik-baiknya,terutama dalam hubungan kita dengan Pencipta kita - Allah s.w.t.
bersambung......
cOnfus~ED Paranoia Freak @ 6:29:00 PM ||
0 comments
|