Thursday, January 15, 2004


love? relationship? anyone?

ok... sejak kebelakangan ini, ada juga aku terbaca blog2 orang lain yg mengenai masalah cinta, love, masalah hubungan dua insan bercinta cintun...
malah ada juga yang bukan main berang marah sebab muasabab ada sesetengah remaja tu tak tau nak jaga adab kesopanan dan tingkah laku sewaktu nak cinta cintun ni. nah... inlah yang buat aku selalu tertanya pada sesiapa yang berang dan terus marah ni. pada sesetengah org tu, pada mereka, bercinta ni adalah suatu perkara yang betul2 tak baik. hmm... ada seorang teman yang telah mengatakan, jika ada di antara temannya yang di dalam perhubungan cinta ini, beliau tidak akan sokong tingkah sahabatnya itu. "i will encourage them to break up" ...

tetapi, adakah ia perlu untuk menyuruh mereka itu putus hubungan? tidak kah memecah belahkan ukhwah di antara umat haram? sungguh ku hairan, mengapa ada yang sanggup memutuskan hubungan yang suci lagi murni kerana cinta mereka itu, tidak melanggar syariat...

perkara sebegini, ramai orang tidak ketahui... ada ramai di anatara remaja yang sedang di lamun cinta ini tidak lah seperti apa yang di tayangkan oleh masyarakat sekarang. namun, jika di perhatikan betul2, orang tidak tahu bahawa seseorang itu sedang bercinta.mengapa orang tidak tahu? kerana mereka jaga akhlak suci mereka.
walaupun seseorang itu sedang dalam perhubungan "steady" mereka tetap menjaga kemurniaan dan kesucian agama dan kerana kasihnya mereka kepada ALLAH.

tidak semua remaja hari ini alpa dan di tandus dengan wabak cinta ini. mengapa sebegitu? kerana adat dan syariat masih kagi mereka pertikaikan.
sentuhan tangan di antara mereka amatlah sekali mereka jauhi. apatah lagi duduk berdua2an di tempat sunyi dan melakukan perkara yang keji?
malah, dengan adanya pasangan ini, mereka saling tolong menolong.

sesetengah orang tidak mengerti mengapa ada remaja ini berpasangan... tidak kah manusia ini di jadikan sebagai pasangan? binatang juga di jadikan berpasangan.
nah... cuba kite lihat, jika di ikut kan context remaja hari ini, mereka ada berpasangan oleh kerana ingin mengikut trend. satu ade matair, semua ingin turut sama. why be a conformist? kedua, inginkan matair kerana ingin membuktikan kepada orang lain bahawa dialah yang handal memikat ataupun aku lah yang lawa dan paling sajak buat si dia. ketiga, kerana perasaan suka dan sayang yang ada pada diri mereka - walhal, perasaan itu hanya buat sementara sahaja - dia bukanlah sungguh2 menyayangi si dia.
itulah sedikit sebanyak mengapa remaja sekarang sering berputus dan tidak teguh keimanan, kerana mereka bercinta oleh dasar cinta buta.motif mereka bercinta hanya untuk berbangga sana sini dan tiada motif yang suci.

remaja yang benar2 tahu menilai soal cinta ini adalah remaja yang benar2 ingin kan sesuatu di dalam hubungan yang mereka ingin jalinkan. ada motif yang murni di sebalik percintaan mereka.persoalan ini bukan hanya buat remaja, ia nya terbentang luas buat semua. have you ever know why some people got involve in a relationship? because they want someone to talk to - AN OPPOSITE GENDER. the feeling of telling someone your secrets with the opposite sex is different when you tell your stories to your own gender. it is not because of love that they ever went into a relationship. it is because of the company that they needed.
in terms like this, age doesnt play a role. ok, maybe it does. but for someone who is 35 years of age might not be able to control himself if they are in the game of love without its motive and its base.
apa yang di maksudkan di sini, walau macam mane berumur pun seseorang itu, tahukah mereka tentang halal dan haram? tidak.
it all depends on one's maturity. ada seorang sahabat yang telah mendirikan rumah tangga seawal usia 16 tahun. BUKAN SEBAB CINTA ATAU GATAL sangat nak kahwin.
ia nya di sebabkan motif perkahwinan mereka itu, ianya disebabkan kematangan minda dan tanggungjawab yang beliau pikul. bukan atas dasar cinta.

permainan cinta dan soal cinta ini amatlah luas. fikirlah dengan minda yang terbuka dan janganlah serongkan kepada yang satu sahaja. masih ada di antara kita yang bercinta masihlagi dan sentiasa mengingati ALLAH yang maha esa.memang benar cinta yang suci itu hanya datang setelah selesainya akad nikah kerana sudah di sahklan suami dan isteri.... walau macam mana cinta nya kita pada suami, cinta kita pada ALLAH tetap lagi tinggi buat NYA.
Wallahu'alam.

yang baik itu datangnya dari ALLAH, yang tidak itu dari kelemahan saya sendiri.
harap pinta maaf jika ada kesalahan, manusia tiada yang sempurna.


cOnfus~ED Paranoia Freak @ 2:56:00 PM || 0 comments