Tuesday, November 04, 2003


SAAT KU DI AMUK RINDU....

semalam.... hari ini.......esok.......lusa.....tulat.......
aku akan di ulit dengan seribu perasaan,
entah bolehkah aku menempuh kesyahduaan ini
perasaan rindu yang menikam jiwa dan raga ku,
semakin mengocak dan menggegarkan semangat ku.

namun, apakan daya,
sesuatu perasaan yang tidak dapat ku hindarkan
kasih ku, sayang ku,cinta ku,
kekal bersemadi di lubuk hati dan sanubari ku.
bagaimanakah harus aku luahkan apa yang terpendam?
YA ALLAH...BERIKAN LAH KU SEMANGAT DAN TABAHKANLAH HATI KU INI.

aku di hanyut dengan perasaan yang melanda diriku...
tidak terdaya untuk ku mengembalikan diri ku ke asalnya,
tidak mungkin, sehingga ku luahkan yang bermukim di dada ini...
engkau hadir, mencorak kan erti kasih dan sayang pada diriku,
engkau kembalikan cahaya pada jiwa ku.
bagaimana akan ku luahkan rindu ini pada mu?

betapa rindunya hati ini untuk merasai belaian kasih mu
betapa pilunya kerana dikau berjauhan
betapa sepi dan sunyi ketika ku di ulit seribu perasaan
dan dalam ku keseorangan, engkau tiada untuk membelaiku
betapa ku rindu suara pujukan mu dan senda gurau mu
betapa ku rindu akan galak ketawa mu......
BETAPA RASA RINDUNYA YANG DATANG MENDADAK INI

dalam keadaan sebegini,
hati ku, jiwa ku,
menjerit kesebakkan dan sesak.
betapa ku harap dapat bertemu mu,
walau sesaat lamanya....

biarlah rindu ini bermukim
bersama satu kenangan dan ingatan yang tidak pernah luput
biarlah rindu ini bersemadi
dalam hati yang selalunya kudus.
biarlah rindu ini menjadi peneman
pada suatu aliran kasih yang tidak kan putus abadi.......

waF| rindu pada mU, insan....... (464)





cOnfus~ED Paranoia Freak @ 9:42:00 PM || 0 comments