Thursday, November 20, 2003


::..KU IDAMKAN RINDU BAITULLAH..::

14 november 2000, hari yang sungguh sayu dan syahdu. aku di undang dengan seribu perasaan. di selubungi dengan hati yang tenang dan jiwa yang redup, aku kirim kan email pada mu atas pemergian ku. sebelum ku pergi menyujud pada ilahi di rumahNYA, aku pohon maaf pada insan yang tidak aku sempat berjumpa untuk pohon ampun dan maaf.

sebelum aku melangkah keluar rumah, aku bergegas ambil wuduk dan solat musafir.
ramadhan al mubarak pada tahun itu adalah ramadhan yang paling indah dalam sejarah hidup ku. "ya allah, aku sambut seruan mu ya allah" hati begitu riang untuk sambut seruan illahi.

tiba sudah untuk ku dan makcik ku keluar rumah. aku masuk ke kamar ku. bersih dan kemas. gambar yang ada di atas meja ku, aku ambil dan selit kan dalam dompet ku. tidak dapat ketemu, hanya sisipan gambar sahaja yang menjadi peneman rindu. namun, ada suatu perasaan yang aku harapkan dapat di langsaikan secepat mungkin. aku perlu sangat kemaafan ikhlas mu. aku tahu aku belum di maafkan, walaupun bibirmu enak mengatakan. aku sayu....sedih.....aku pergi tanpa kemaafan....

sebelum abah melaungkan azan, aku dan makcik ku bersalam salaman dan bermaaf maafan sekeluarga. ninda ku ada bersama kami. rasa berat hati untuk meninggalkan keluarga ku, apatah lagi sambut lebaran di perantauan orang. tatkala itu, aku sedar bahawa aku pergi dengan niat yang satu: sahut panggilan baitullah,makkah al mukaramah.
dalam suasan teresak-esakkan, kami juga terpaksa menjaga puasa kami. aku dan makcik ku berdiri di permukaan pintu rumah, kasut sudah tersedia di depan kami. abah laungkan azan buat kami. masyaAllah...terasa sungguh kehebatan NYA. setelah selesai azan, aku dan makcik ku melangkah keluar tidak berpaling arah. jiran ku telah tunggu di depan rumah nya. kami berjabat tangan. nazirah, jiran yang sebaya dengan ku, ucapkan selamat pada ku. terharu rasa,kami tidak pernah begitu berbual,maklumlah, aku orang baru di blk itu. kami saling berdakapan.

langkah ku longlai. panggilan yang aku nantikan tidak jua kedengaran. aku hampa. tapi aku tetap teguh dan nekad.kakak saudara ku: kak runi dan kak ain sudah menanti kami di bawah blk. aku tidak keseorangan, mereka berdua pun seperti ku, sambut lebaran tanpa ibu bapa.hanya makcik tunggal kami saja yang bakal menemani kami nanti.

sejurus tibanya kami di lapangan terbang, aku mencari kakak saudara ku serta keluarganya yang juga akan bersama kami : kak faiz and family. seronok juga dapat pergi bersama.yang seronok nya adalah, agency kita hanya membawa kami sekeluarga : tiada orang luar lagi. hanya keluarga kita saja. nasib baik agency itu kongsian pakcik ku dan tuan empunya agency. pakcik ku dan isteri nya serta makcik tunggal ku tadi adalah pegawai haji dan umrah tetap sejak 10 tahun lagi. aku berasa bangga di lahoirkan dalam keluarga arwah datuk ku yang telah mendidik anak2 nya sehingga begini jauh.
pakcik ku : obek junus akan membimbing kami semua ke almukkaramah. beliau lah pakcik kesayangan ku. haha... sungguh... kalau tak kerana dia, tidak mungkin aku dan makcik tunggal ku, serta kak runi dan kak ain dapat pergi masa itu, kerana dialah mahram kami.syukran jazilan buat mu... :)

setelah kami semua berkumpul, saudara mara yang lain turut serta berkumpul bersama kami. aku sempat pinjam handphone makcik ku. aku beri panggilan terakhir ucapkan selamat tinggal buat yang jauh tu, namun tidak juga di jawab panggilan ku. hanya kotak suara yang menjawab panggilan ku. aku tinggalkan pesanan di kotak suara mu. itulah ucapan akhir ku pada tahun itu.

semua jemaah telah tiba,kami berkumpul dan pakcik ku, ustaz junus membaca doa dan kami mengaminkan nya. saat-saat akhir telah pun tiba. para jemaah telah di panggil untuk masuk ke waiting hall di dalam. pelukkan terakhir buat mama tersayang. salam abah.adik2 ku entah hilang terlari ke mana. maklum lah budak2, apa mereka tahu? :) ninda ku peluk erat sungguh,kalah ibuku. tahun itu, ninda beraya di rumah ku, tetapi aku tiada. pasti gawat dan riuh suasana di rumah ku nanti dengan kehadiran pakcik dan makcik sebelah ibuku.

aku masuk ke dalam untuk "custom declaration" sebelum aku masuk, aku terdengar " KAKAAAAAAAAAAAAAAAAAAK" sebak sungguh hati ku. aku toleh ke belakang, adik ku , fitri sedang pigang chocolate tobelorone white :fav aku melambai2 ke arah ku suruh aku datang pada nya. mujur aku belum masuk. fitri nangis. hiba rasa nya. memang aku tak nafikan, aku dan fitri lebih rapat dari nash. mungkin juga si fitri ni adik yang paling bongsu? tapi tak kurang hebat nya kasih ku pada nya. fitri serahkan chocolate itu pada ku, rupa2nya dia pegi beli chocolate tu untuk aku semasa orang sibuk2 baca doa. nash di sebelah nya act cool - being the big bro katekan. "kak, salam dulu ah. bye. doakan abang tau." itu lah kata nash. tapi bila dia nampak makcik tunggal ku, :ooooooooooooooooooooooooobeeeeeeeeekkkkkkkk" hahahha... yah, dia rapat dengan makcik ku. tetapi makcik ku sibuk dengan urusan jemaah nya, dia terpaksa pekak kan telinga nya. aku pula terpaksa pergi. aku beri kedua2 nya satu ciuman dan ikut kakak2 saudara ku.

aku toleh lagi kebelakang, semua orang sedang melambaikan tangan pada jemaah2 di dalam hall tu.sungguh seronok rasanya. aku kosongkan minda ku dari singapura. aku gambarkan baitullah yang tersergam indah di masjidil haram. untungnya aku, aku ppernah pergi ke baitullah dahulu, tetapi kakak saudara ku yang lain, masih ternanti2 untuk melihat nya sendiri.

aku turun anak tangga kapal terbang itu. sungguh sejuk masyaAllah... sungguh seperti di Australia,melbourne udara nya. tidak tahan terketar-ketar para jemaah yang tidak pakai baju panas. mujur pakcik ku sudah beri ingatan bahawa cuaca kali ini amat sejuk seperti negara-negara yang bersalji. sungguh terasa sejuk menusuk ke tulang. lapangan terbang jeddah sudah pun ku jejak. aku dan yang lain naik "elevator train" untuk sampai ke airport sebenar. tadi tu kami baru je di landasan.sana tidak seperti singapore yang ade tunnel untuk masuk ke kapal terbang.hanya anak tangga saja.

tiba saja di terminal, keluarga kami menunaikan fardhu solat subuh terlebih dahulu sementara menunggu sesak passport declaration. biasalah arab... selalu sangat menguji kesabaran :) hehe... nanti mula2 counter 1 dan 2 buka, tiba-tiba saje die nak tutup counter 1. dorang main2 gitu.hehehe. so kita nantikan sesak untuk berkurangan dahulu.

lepas sahaja dari passport declaration, kami di sambut oleh van kami yang akan membawa kami ke Madinah al munawarah.semasa kami tiba di madinah kami sedang berada dalam 13 hari akhir ramadhan. penginapan kami keseluruhan di kota mekkah adalah 16 hari. kami semua berada di madinah selama 6 hari 5 malam. penginapan kami di Al Harithyah Sheraton Hotel was magnificient!!! hotel bertaraf 5 bintang itu sungguh lumayan. sedang aku di madinah, aku kerap kali mengunjung tempat kegemaran ku, taman raudhah. masyaAllah, walaupun sungguh sesak al raudhah, ramai yang ingin kan tempat di hadapan untuk mendapat syafaat rasullullah saw, aku tetap mara kehadapan walaupun rintangan dtg aku tetap bertekad untuk ke hadapan. selain itu, makam ya rasullullah kini di kepung untuk muslimah.... :"( sungguh sedih rasa hati. kaum adam masih lagi dapat melihat makam nya serta para sahabat. namun,kami tetap di beri peluang untuk berdoa walaupun di kepung dan di belakangi makam nya, yang pentingnya, kami dapat berdoa walaupun di kepung. tetapi tetap sayu hati. terutama sekali buat kakak saudara yang tidak pernah melihat. syukur alhamdullilah, aku pernah menatap makam nya.

pada malam2 terawih, paling seronok berbuka puasa bersama orang arab. mereka sungguh ramah. berkongsi roti nan dan korma. bermcm2 hidangan dan juadah orang2 madinah ini beri. sesungguhnya, orang2 madinah lebih peramah dari di mekah. masyaAllah, kami di beri teh arab, mula2 ingat tak sedap, ah kau, dah dapat rasa, malu pula nak minta lagi. hehehe. best berpuasa dengan orang2 ni semua...
terawih di masjidil nabawi pula, sayu dan tenang dengan keadaan yang redup. pada siang hari kubah di atas automatic terbuka memberi ruang sinaran matahri terpancar di ruangan masjid dan meberi cahaya kilau-kilauan di tiang2 masjidil nabawi. tiada lagi yang indah di masjid itu selain masjid nya sendiri. :)

hari terakhir ku di madinah, aku masih ingat lagi, aku bermunajat seorang diri di taman raudhah. tiada siapa yang menemani ku. aku seorang teresot-esot masuk ke taman raudhah. tidak sangka keheningan nya terasa amat sangat. ia hampir pukul 9 pagi, taman raudhah akan di tutup. aku dengan hati yang berat melangkah pergi sertakan doa wada' untuk tinggalkan madinah.

oo yes... selama di madinah tu, adalah juga kunjung di tempat2 lain, tapi panjang sangat nak cite kan ni.paling best lah di masjid.

kami jatuhkan niat ihram dan pergi tunaikan solat jatuh niat umrah di miqat bi ir ali... miqat yang lagi dua khabarnya masa tu sesak. so kita gi miqat bi ir ali lah.
jatuhnya niat kami, segala pantang larang aku terpaksa jaga. sepanjang jalan ke al mukarammah, kami melaungkan talbiah. bersungguh2 kami bertalbiah. ini lah yang ku kata kan nikmat!sebaik sahaja kami tiba di kota suci mekah, kami check in masuk hotel dulu, letak beg dan barang2 dahulu. setelah itu baru lah kami tunaikan tawaf selamat datang sertakan tawaf umrah.sejurus kami melangkah masuk pintu darussalam,tersergam ka'aba yang begitu indah sayup hati memandang. sungguh rendah diri ini.sungguh kerdil diri ini. sungguh hina diri ini.aku ingin sekali kucup hajar aswad,alangakah ramainya orang di situ,takut2 orang2 arab yang badan besar tu semua hempap kita lak.so tak jadi dulu.tawaf dulu. dah selesai tawaf,solat sesudah tawaf pula. kemudian, kami berjalan sepanjang bukit safa wa marwah. selesai sudah umrah, tinggal bertahalul di hotel.

ah, dah tu, masa kita sampai, waktu malam. kita lepas tahalul dah bersih kan diri, terus bam - hahaha.... tidur lah. kepenatan. esoknya, azan subuh yang pertama di laungkan. azan kejutkan orang tu. kita dah sahur mana yang ada kat cafe hotel REHAB PALACE, kite pergi solat subuh di masjidil haram... terdengar suara imam kebanggaan masjid itu, imam SYEIKH abdur rahman as-sudais. lepas saje solat subuh, kita semua balik hotel kemas barang2 ah. semalam tak sempat nak kemas. so zby the time zuhur datang, kita pun pegi lah masjid lagi. lepas solat zuhur tu, tengok takde orang sangat, kita gi tawaf sunat lah. ooooo seronok.... tapi..... ada satu kali ni, aku sedang tawaf, kusyuk. aku dengan makcik ku berkepit jaga bahu kanan asal jagan membelakangi ka'aba. kat belakang kami ada satu kumpulan lelaki arab ngah twaf gak lah. so, aku tak fikir apa2, sebab itu kan rumah allah, aku nak buat ibadah. langsung tak terlintas di fikiran ku akan terjadi nya apa2. so aku pun tawaf lah mcm biasa.tiba2 ada satu orang di grab my butt!!!! masyaAllah, sungguh terkejut aku. hati berdegup pantas. zikir dan wirid tak henti2. muka tiba2 panik. aku pusing belakang,bahu tetap jaga, seorang lelaki arab miang senyum2 kat aku! subhanallah! tergamak dia lakukan nya DEPAN KA'ABA!!!! aku sungguh tak tahan air mata. nangis mohon keinsafan. itu lah paling tak dapat ku lupakan,tergamak orang berbuat gitu depan ka'aba!

hari menjelang hari, berbuka di masjidil haram pun tidak kurang hebat nya.cuma, di mekkah ni lebih ramai orang berbandingkan di madinah lebih2 lagi di akhir2 ramadhan.sewaktu hampirnya maghrib, kita semua dah ada di masjidil haram lebih kurang satu jam in advance.so dapat booking tempat depan2. seperti yang telah di katakan, di madinah lebih seronok berbuka di sana. di mekkah, ada juga orang2 arab sedekah roti2 yang berjenis2. fuyo!!! lazat nya! hanya beralas perut dengan sekeping roti arab dan air zamzam serta kurma ajwa' sudah cukup menyelerakan. imam terkenal masjid itu pun memulakan solat maghrib. setelah solat maghrib, nak pulang ke hotel tu buat penat sahaja. lantas, bertadarus dan ada juga sekali sekala tu lakukan tawaf sunat sambil menunggu waktu isya'. setelah solat isya', solat terawih kami lakukan. solat terawih yang 10 rakaat pertama di imamkan oleh SYEIKH ABDUR RAHMAN AS SUDAIS. yang akhir 10 rakaat di imamkan oleh SYEIK SALIH AL TALIB. kedua-dua imam ini begitu hebat dalam melaungkan ayat-ayat suci al-quran dalam bacaan solat terawih.
di akhir2 sekali ramdhan, menjelang nya syawal, lebih kurang 4 ke 3 hari ramadhan, suara imam-iman ini lebih syahdu dan sayu, abd rahman as sudais teresak2 mengalunkan ayat2 suci. di dalam suara salih al talib kedengaran sebak. kami jemaah juga turut di undang perasaan sayu dan terasa syahdu ingin meninggal kan ramdhan al mubarak.begitulah routine kami....

sebut pasal terawih akhir ni, teringat peristiwa yang begitu lucu apabila di kenangankan kembali...masa tu, kami baru saja pulang dari tawaf, terlambat pula tu. tempat kita telah di ambil, terpaksa lah kami mencacar mencari tempat untuk berjemaah.di tingkat satu tiada tempat, kami pergi ke tingkat 2, juga sesak, naik pula ke tingakt 3, escaltor pun jam,tak boleh bergerak, terpaksa lah kita berpusu2 dengan orang2 arab berbadan besar ni semua untuk merebut tempat. setibanya kami di tingkat tiga, imam baru saja takbiratul ihram nak mulakan solat isya.kita pun terus lah mulakan solat di tempat yang sedang kita jejak tu,lagi pun depan kita semua dah di penuhi dengan orang2 berbagai bangsa dari seluruh pelosok dunia.
setelah selesai nya solat isya tu, ada satu orang arab ni main masuk je hempit aku kat sebelah. aku tidak berapa kisah lah kan, dia oun nak solat.tengah solat terawih tu,dah beri salam semua, kakak runi yang kecil molek tu kena squeez. aku punye telapak kaki pun si arab ni duduk kan. sebelah dia, ada lagi ruang sikit, aku pun berkata pada si arab ni lah, move kesana sikit - dengan sebuah kuntum senyuman dengan suara yang lembut aku suruh dia bergerak sikit. masyaAllah, sungguh bongkak hati dia, tidak sangka bertemu dengan seorang yang sombong pabila menghadapi tuhan yang esa. masa tu kakak dhiah ada, so tau lah sikit-sikit arab aku belajar daripada dia. kalau kakak dhiah dekat sebelah dia takpelah juga kan, boleh berbual arab ngan si arabian ni. dia mati-mati tak nak berganjak. takpelah, aku beri tahu kakak runi, biar sempit ruang, asal jangan sempit hati. kita teruskan lah solat terawih kita tu. makin lama, makin pula dia mengesot ke kiri. aku benar-benar tidak kisah, tapi kesian kakak runi. aku pun berkata pada si arab ni lah, bahawa kita nak sujud pun ada payah,tahyat akhir - usah katakan lagi. si melayu ni tak tahu nak bual arab, die main sign language and gesture. hahaha.... itu lah kelakar nya bila kenangkan kembali peristiwa tu. subhanallah, boleh sempat aku ni bertekak dengan arab yang tak nak mengalah! hais... apa jadi dengan budak ni masa tu?!
terus hati tersentuh masa itu, allah beri aku ujian sebegitu sekali pabila ingin menyujud nya. masa aku "bertikam lidah" dengan si arab tu, hati betul membara dengan sikap nya, kakak runi terpaksa cool kan aku. tarik aku,kata nya biarkan saja.
terus rakaat2 yang lain walaupun sempit, aku tetap teruskan ibadah,semakin sayu aku di beri ujian itu terutama sekali di beri NYA pula di rumahNYA.

selama kita di al mukaramah, kita ada juga lah buat beberapa umrah, tahun itu aku sempat lakukan 7 kali umrah. alhamdullilah. happy sesangat tau!umrah terakhir, pakcik ku (obek ali - kak faiz nya father) ajak kami bermunajat di bukit safa setelah menunaikan sa'i. maklumlah, masa tu pun makcik tunggal aku tak ikut umrah bersama kerana kesihatan nya tidak mengizinkan.pakcik ku, obek junus lak, tidak bimbing kami sebab dia dan isterinya, serta makcik tunggal ku terpaksa pergi ambil visa balik kita.tinggal lah kita pergi miqat tana'im dengan teksi. selain dari umrah yang kita tunaikan, kita pun sempat mengunjung beberapa tempat sejerah di kota itu. tapi sayangnya, masa lawatan itu, aku demam, aku demam rindu..... btul - tak bohong. masa tu, aku betul-betul ingin mendaki jabal rahmah. tetapi hangat tubuh ku tidak mengizinkan aku mendaki jabal rahmah. pasar kirma yang besar aku turun sekejap lah nak tengok-tengok korma yang besar2 lagi juicy. aku suruh makcik aku beli kan korma fav aku : ajwa' hehe. kita ada juga visit jabal nur dan juga jabal tsur. nanti aku tengok balik lah kalau masih tersimpan gambar2 aku tu semua... :)

pada 2 hari akhir ramadhan tu, kita sedang solat terawih, sekali kak ain terperasan ada tanda di baju nya... faham2 aje lah perempuan kan. so since takde orang lain di hotel tu, aku temankan dia pulang lah. sedih juga hati. so bila dah balik tu, kak ain menangis, sebab ia hanya tanda karat dan bukan tanda yang kita maksud kan. lah... kesian aku tengok. so i assure her lah, langkah berjaga adalah lebih baik dari di diamkan saje. kalau betul tadi tanda kotor, kan kita juga yang berdosa sebab kita hiraukan tanda tu. dia dah cool sikit masa tu. alhamdullilah. aku pun nak bersihkan diri lah. sekali aku pulak yang bertanda!! hahahahahaha! masyaAllah... sedih nya aku!!! kini gililran aku pula menangis.... akhir 2 ramadhan!!! aku tak dapat bertakbir di masjid!!!
keesokan hari nya, kak ain pula temani ku. dia pun tidak dapat bertakbir. kali ini betul dia bertanda.;) sedih nya kami! pada malam raya tu, sebenar nya kita tak tau esok raya. sebab imam tak umum kan! so setelah solat maghrib tu, aku di khabar kan yang tak mungkin esok raya,sebab imam tak kata apa2. so dorang dah bersedia ah nak solat terawih malam tu. hehe... lepas solat isya' saja, imam pelik kenapa masjid dengan penuh jemaah ni tak bertakbir!so dia sound lah kat system kenapa tak tau nak takbir esok raya. hehe... so mula lah berkumandang takbir :) nasib baik hotel dekat aja dengan masjid - dalam 5 minit walk.so dapat lah dengar takbir dari masjid. tak lah aku dan kak ain sedih sangat.

hari raya pula di sambut dengan sebak, ayah bonda kami di negara, kita di perantauan. sedih juga lah. dah bermaaf maafan di hotel ni, kita pun pegi lah pasar zinc! hehe. tau asal ia di gelar pasar zinc? sebab bumbung nye zinc dan dindingnya pun zinc. so pasar zinc lah. kita nak ziarah siapa kan? pegi lah shopping lak. hehe.
dalam masa itu, orang2 arab berpakaian lawa2. anak2 kecil keriangan dan semakin berkurangan orang di kota mekkah, mungkin ramai yang sudah pulang. memang sah, sebab zuhur,asar,maghrib dan isya' aku diberitahu masjid tidak begitu sesak. hmm... begitu hebatnya ramadhan di al mukaramah!!ah! masa tengah jalan kaki gi pasar zinc tu, kita lalu hotel aziz koghe. hotel mula2 skali aku gi mekkah masa kicik2 dulu. aku ternampak kedai ice cream favourite aku. hahaha... makcik tunggal aku dah agak dah aku pasti nak punye ice cream tu. hehe... rasa nye masoh sama. eh, ice cream arab tak sama mcm singapore tau. lebih sedap dan lebih soft dari softie 7-11. hehe, sampaikan kakak sedara aku semua beli 3 kali ice cream tu!!! hahaha!!!

tibanya kami pulang esok nya. sedih datang mengundang kita berdua lagi. aku dan kak ain tidak dapat tawaf wada' ........ kita berdua hanya dapat berdiri di depan babu'salam dan hanya menatap ka'aba serta doa wada' aja. sayang nya kali ini aku tidak sempat kucup hajar aswad. kakak runi dapat dengan pertama kali nya cium hajar aswad. sebab dah tak ramai orang sangat, agaknya orang sibuk jalan raya. kak ain saja yang belum rasa nya.setelah kesedihan yang aku hadapi untuk meninggalkan tempat yang suci itu, aku sampai di lapangan terbang jeddah... yey! aku dapat beli roti kegemaran ku. roti arab manis... hmm... kalau lah aku boleh luahkan bagaimana enak nya roti tu! roti tu besar nya macam kek birthday kat singapore gitu. aku beli 2! hehehe.jauh tau nak cari roti ni.

masa kat madinah tu, aku ada terjumpa satu susu ni. sus vanilla, kotak kecil macam air kotak junior kat singapore. gitu lah kecil nya, tapi sedap nya, masyaAllah.... aku hari2 buka minum susu tu. aku ni, paling lah termuda dalam group kita, manja lah selalu. tak kak ain beli kan, kak runi lah yang beli. kalau dorang tak beli, makcik tunggal ku, aku panggil dia "mak" so paling banyak aku ketuk, mak aku lah! hahaha.

dah kat mekkah lak, cari punya cari susu vanilla tu, tak jumpa. satu hari tu, supermarker dawood buat stock ah. padahal hari2 aku pegi supermarket tu, tak pula jumpa sus tu, dah 3 hari sebelum balik tu jumpa!!! apa lagi, borong sus vanilla aku bawa balik gi singapore!sampai sekarang kalau makcik tunggal aku pegi haji ke umrah every yr, susu tu mesti aku kirim,lepas tu aku sembunyi kan dari pada adik2 aku! hahaha. ok, selain susu tu, aku pun beli cheese arab. sedap gak ah, kita belajar makan cheese tu bila buka kat madinah, orang arab tu kasi chees suruh makan ngan roti, sedap nyeeeeee! hehehe. yang lain tu, biasalah yang selalu makcik aku bawa balik, chocolates lah, short cakes lah, eh sedap tau! hehe. ah, satu lagi fav aku. caramel pudding mekkah. fuuuuuuuuu!!! tak terkata! lazat nyeee.... walaupun selalu aku buat pudding caramel tu gunakan serbuk yang sama beli kat sana, rasa nye tak sama macam dorang buat! haha! tapi boleh lah, terasa jugak caramel tu. donut dorang pun boleh tahan sedap. eclairs? jangan cakap! hahaha... arab..... boleh di katakan rewarding...hehehe.

kini akhir sudah sebuah ramadhan. aku rindu ingin ke baitullah lagi..... ya allah....... panggil lah hamba MU ini.... SAHUT lah hamba MU ini...... aku rindu rumah MU ya allah..... aku rindu pada MU ya allah.................


cOnfus~ED Paranoia Freak @ 4:09:00 PM || 0 comments